Assalamualaikum wbt..Minal aidin wal faaizin,kullu am wa antum bikhoir diucapkn kepada seluruh ummat Islam.
Perasaan? Gembira. Syukur. Hepi… walaupun di celah-celah keriangan itu, jauh di sudut hati, ada terselit perasaan sedih dan rasa tidak layak untuk mendapat nikmat 1 Syawal, kerana tidak menyempurnakan Ramadhan sebaik-baiknya. Serba sedikit terasa I don’t deserve this. Ia seperti perasaan habis exam, kita tidak akan kisah pun berapa markah kita dapat kalau kita tahu kita memang sudah buat sehabis baik. I have done my best! Maka kita akan puas hati walau apapun hasilnya. Tapi kita akan kecewa dengan diri sendiri kalau kita tahu diri sendiri yang belum cukup usaha kan..
Sebulan menempuh Ramadhan mengajar kita mengenali diri sendiri. It was a month of self-discovery, bulan untuk muhasabah diri, sebab ketika itu, syaitan tidak ada mengacau kita. You are alone with Allah. Jadi apa perangai kita, rajin atau malasnya kita, suka kita, geram kita, rindu kita… itulah dia diri kita yang sebenar!target untuk khatam lebih dari sekali GAGAL...Betting dengan makcik ku untuk khatam Quran seberapa banyak yang mungkin,tapi malangnya hanya 1 kali je yang terlaksana,dan makcik ku 7 kali khatam,jauh dihadapan...Untuk menyatakan kesibukan seharian,ia adalah alasan(ini hubungan dgn ALLAH,mana boleh campur buat alasan dengan cerita duniawi).Allah, ampuni diriku. Moga dipertemukan dengan Ramadhan lagi. Berjanji lagi dengan diri sendiri, azam dipasang lagi untuk Ramadhan seterusnya.. seperti saban tahun.
Seperti doa para sahabat Nabi pada malam hari raya:
“Allahumma balighna Ramadhan, wa Ramadhan, wa Ramadhan”
Ya Allah, pertemukanlah kami lagi dengan Ramadhan, dan Ramadhan, dan Ramadhan.
Walau bagaimanapun,semoga raya kali ini merupakan hari kemenangan yang amat bermakna bagi kita.Mudah-mudahan kita memperoleh taqwa hasil tarbiyyah selama sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu.Taqwa inilah juga yang akan menjadi bekal untuk kita mendepani bulan-bulan yang akan datang,Insya Allah.
Allahumma taqabbal minna! Ya Allah,terimalah ibadah puasa kami sepanjang Ramadhan yang lalu,berilah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah beribadah padaMu,jadikan kami hambaMu bukan hamba Ramadhan.Kurniakn kami taqwa hasil didikan Ramadhan.
Inilah kali pertama saya beraya di perantauan nun jauh di bumi anbiya`.Terasa juga sayu tatkala beraya tanpa ibu ayah dan keluarga di sisi.Lebih kurang 98% rakan-rakan seperjuangan yang lain memilih untuk pulang ke tanah air .Namun demi matlamat untuk menambah secangkir ilmu, saya gagahkan hati ini.Terkenang akan semangat dan pengorbanan para ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu.Hebat!Mereka memang hebat,hemah mereka tinggi.....
Berbalik pada cerita aidilfitri,pelbagai persiapan dibuat untuk hari kemenangan ini.Inilah cara untuk mengubat kerinduan pada tanah air yang ditinggalkan hampir setahun.2 hari sebelum menjelang 1 Syawal,bersama Ummu dan Kak Faizah melancarkan operasi pembikinan biskut raya untuk diberikan pada majlis Sambutan Hari Raya anjuran DPMT.Setiap kawasan,dikehendaki membuat 2 jenis biskut raya.Kami buat biskut kelapa dan almond london(tapi rasanya,nama ni kena ubah,sebab kita orang tukar resepi,ganti almond dengan kurma)kurma london @ kurma mesir,mana-manalah.....Alhamdulillah,ada rupa dan ada rasa.Dulu,dekat malaysia tolong sibuk je dekat dapur time ibu buat kuih raya,tak pon tolong tunjuk kat kedai.Sekarang,rasakan kena buat sendiri.Pengalaman kan,belajar dari pengalaman.
GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Kerinduan pasti terubat dengan geblok(nasi himpit dalam bahasa jawa)sebab saya dan ummu dua-dua cucu jawa yang tak pandai cakap jawa.Ditambah dengan sambal kacang dan kuah lodeh.Malam raya buat soto,sebab ni makanan wajib keluarga saya setiap kali pagi raya.So,nak ambil feel dekat Malaysia,masaklah soto di malam raya sampai pukul 3 pagi.Kesemuanya dihasilkan bersama ahli bait tersayang cik ummu comel,marveleous!
1 SYAWAL Gema irama takbir raya yang dilaungkan oleh pakcik-pakcik Arab layaknya seperti tentera yang sekejap lagi nak pergi berperang. Memang lain bunyinya. Berbeza suasananya. Ia tidak mendayu seperti takbir raya kita orang Melayu, sebaliknya ia penuh semangat, kegembiraan dan keazaman. Terasa aura kemenangan.
Bangun seawal 5 pagi.Bergegas ke istad setelah menjamah sedikit soto untuk menunaikan solat hari raya.Sesak,terlampau ramai orang.Sesampai di sana,solat dah sudah.Solat raya dekat Mesir banyak trip,so tak payah risau.Sesudah solat raya,kami ke rumah-rumah terbuka.Ada lah sedikit feel beraya walaupun tidak berada disisi keluarga tercinta.
Namun Alhamdulillah kini terasa lebih mudah utk menerima hakikat itu dgn redha, malah dalam senang hati & syukur. Memang Aidilfitri di sini banyak bezanya, tapi banyak juga istimewanya! Walau hati rindu pada keluarga, saya yakin besar sekali hikmah yang Allah sediakan di sebalik dugaan hidup berjauhan. Sungguh hidup di perantauan ini banyak mengajar perkara-perkara yang hanya pengalaman mampu menjadi gurunya. Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Pada pagi 1 Syawal, akhirnya hati yang selalu lalai ini.. akur dengan kebesaran Tuhan dan sujud bersama jasad dalam solat sunat Aidilfitri, di celah-celah ratusan saudara-saudara seiman dari negara lain yang turut merantau ke tanah Mesir ini. Andai pengertian yang sebenarnya mampu disemat selalu dlm hati, maka Aidilfitri akan tetap terasa Aidilfitri, walau di bumi manapun kita berada.. insyaAllah!
5 Syawal 1431 Hijriah
Kafr Esom,Tanta Al-gharbiah,Egypt...
ngeh ngeh~ :)
ReplyDeletejgn sedih2 lagi deh.
Salam Aidilfitri~
maaf sekali lagi slah silap atas segala macam perangai buruk yang telalu bnyak sampai tak mampu nak cakap kat depan orang ramai di Baltim~
Allah selalu mengajar hambanya tidak kira di bumi mana dia berpijak.
LA TAHZAN ye~ InsyaAllah sama2 kita berjuang di bumi anbiya.. walaupun perjuangan mungkin tidak sama, namun ia tetap di atas nama Allah.
Selamat Ari Raye!!~
p/s : cantik la gambar sujud ramai2 tu!!! tak tau plak ko sempat amek.
pandai menulis dowh..
ReplyDeleteseronok membaca....
try tulis cerpen...