Wednesday, 15 December 2010

Menangis Kerana Amalan Solat Kurang Baik.....


Assalamualaikum w.b.t  ,
Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke saat ini.Wa syukur lillah pada Allah SWT yang masih memberi nikmat untuk menghirup gas-gas di ruang udara tanpa se sen pon bayaran.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.. yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini.. Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan...


Bumi mesir yang tika ini sudah masuk  winter season,anak-anak pinggiran nil sudah  mula memakai  winter coat ke kuliah...mengeluarkan lihaf @ saratoga dengan nama lainnya selimut tebal dari beg plastik.Ohhh,sungguh hebat penangan winter.Malam yang panjang,tidur yang nyenyak,keinginan mulut untuk sentiasa mengunyah meningkat.Masyallah...Takut-takut diri ini hanyut dengan keenakan nikmat yang sementara ini...




Berkata Saidna Omar r.a "Musim sejuk itu merupakan satu keuntungan bg golongan yg suka beribadah"  Berkata Ibnu Mas`ud "Banyak kebaikan pd musim sejuk, diturunkan padanya barokah, dan dipanjangkan malamnya untuk berqiamullail, dan dipendekkan waktu siangnya untuk berpuasa......


Tak perlu tunggu kempen-kempen untuk hidupkan ibadah..Ibadah itu sendiri adalah kempen yang terbaik daripada Allah s.w.t dalam mendapatkan ganjaran dunia dan akhirat.Jom sama-sama tingkatkan mutu ibadah (^___^)


Kali ini sebuah kisah teladan  "Menangis kerana Amalan solat kurang baik" menjadi tatapan yang menarik untuk dibaca bersama.Semoga segalanya memberi manfaat untuk diri ini dan kita semua.insyaAllah..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadah- nya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.


Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”


Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :


1. Bertaubat 
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
 
3. Tidak tergila-gilakan dunia
 
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
 
5. Tinggalkan sifat berbangga
 
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
 
7. Meninggalkan sifat dengki.”



Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebe- lah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”


“Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”


Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


NOta padat : REFLEKSI DIRI,bagaimana ibadah solat kita???Adakah sudah setaraf dengan Hatim?ataupun ibarat langit dan bumi......Adakah kita paham setiap bait-bait perkataan yang kita lafazkan ketika melaksanakan ibadah solat kita...Jom tanamkan azam,jadikan maal hijrah tahun ini sebagai turning point untuk berubah ke arah yang lebih baik.Moga ibadah yang kita laksanakan diterima Allah SWT.Untuk menjadi seorang da`ie yang hebat,perlu sentiasa melai proses pembikinan diri,  tanpa jemu dan lesu untuk membangunkan potensi diri serta sikap untuk belajar melaksanakan (attalaggi li tanfiz)  


Demi mengelakkan dari semua fitnah-fitnah syaitan ini, seorang da’ie itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’ie itu seperti seorang "posmen". Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, serta bingkisan dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebaga media perantara. Dalam kondisi seorang da’ie, kita tidak lebih hanyalah seorang insan yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya. 



"Jadilah rijal dengan kaki berpijak di Bumi namun cita-cita tergantung dilangit nan tinggi"


Wallahu`alam....

1 comment:

  1. masyallah..terima kasih untuk peringatan ini..
    banyak kekurangan diri kita jika di bandingkan dengan HAtim

    ReplyDelete