Saturday 18 December 2010

Sikitnya Tidak Halal, Banyaknya Apatah Lagi..





Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapikami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian.Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-videoyang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamudan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yangtidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas darioven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu salingberpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayahdah lembut hati,” bisik hati mereka.“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemuabahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yangpaling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itumenjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu baha nistimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mulamakan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamutak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri ituialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalampinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju denganpenuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yangsedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Iasudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjingdi dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoakepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapikenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kitamenonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri,fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudahitu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Nota Padat : Mari kita tengok diri kita,evaluasi diri kita,sepanjang hayat kita hidup,berapa banyak maksiat mata kita lihat dengan mata yang ALLAH berikan tanpa sebarang bayaran.Gunakan nikmat pancaindera yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya. 

"Pada hari ini (hari kiamat), Kami tutup mulut mereka, tangan dan kaki mereka akan memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" Yaasin: ayat 65.

Janganlah lagha dengan cerita korea,hindustan dan sama waktu dengannya.Ia hanya membuang masa,tambah leka dan tambah maksiat mata. Sedarlah, umat islam di palestin tidak pernah punya masa bersenang lenang seperti kita. 

Jangan siakan laptop yang dibeli oleh ibu bapa tersayang untuk tujuan sia-sia. gunalah sebaiknya untuk mendapat pahala.

Sentiasa muhasabah diri. sebelum tidur, fikirlah apa yang telah kita lakukan sepanjang hari ini, banyak mana ketaatan dan banyak mana pula dosa yang kita lakukan dan mohonlah kempunan Allah. 

Sering sahaja kita dengar orang mati sewaktu tidur. dan mungkinkah kita tergolong dalamnya di kemudian hari?? sungguh, ajal boleh datang bila- bila masa sahaja.Jangan bertangguh untuk kerjakan ketaatan dan berubah. di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung 


jika bukan kita, siapa lagi,


jika bukan sekarang, bila lagi,

jika bukan di sini, di mana lagi




wallahu`alam






1 comment: