Sunday, 9 January 2011

OBSES DRAMA CINTA KOREA





Pernah atau tidak anda mengalami sistuasi-sistuasi begini::

*bergaduh berebut remote dengan adik-beradik semata-mata nak tengok drama korea

*focus 100% depan tv, tahu-tahu air mata dah mengalir sebab touching sangat dengan  scene hero
drama itu disahkan buta, sakit, berpisah dengan si heroin, cinta dihalang keluarga dan yang sewaktu dengannya. (habis tisu. Mak datang, sorok muka hehe klakar)

*volume tv tetap dibiarkan kuat walaupun anda tak faham apa yang mereka tuturkan, nasib ada subtitle.. (semata-mata nak dengar merdu suara pelakon idaman. Yang anda faham, “saranghae”, “oppa”…hehe)

*menggabungkan nama pelakon kegemaran anda dengan nama anda. Contoh, ShaRiche ß hak2 cuba cari siapa nama-nama ni.

*rasa tak sedap badanlah kalau terlepas drama-drama bersiri tu. Tak selera makan. Futurlah rasa hee.

*hafal theme song drama-drama tu.  Boleh nyanyi dengan sepenuh hati, pronouns sebijik macam yang betul, siap memek muka lagi, fuh mantap! (walhal tak faham pun lirik nya hee)


Pernah alami sistuasi begini..? sekiranya anda pernah mengalami 1 daripada symptoms diatas, maka dukacita diucapkan kerana anda telah disahkan mengalami “ addiction drama tv”.. tidak kiralah samada, drama Korea, Taiwan, Hindustan hatta drama Melayu sekalipun.. terimalah hakikat saudara-saudaraku tanpa kamu sedari, kamu telah dilanda ketagihan hiburan.

“Media massa televisyen merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat. Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan dan yang dapat memberikan ilmu pengetahuan banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat. Terdapat juga stesen televisyen seperti TV3 yang memaparkan berita terkini dan hal ehwal semasa kepada penonton. Hal ini akan menjadikan kita rakyat Malaysia maju dalam menangani isu-isu semasa. Golongan pelajar dan kanak-kanak pula mendapat manfaat dan faedah daripada rancangan-rancangan pendidikan dan rancangan kanak-kanak yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan dan swasta. Rancangan-rancangan agama pula dapat menarik minat golongan tua dan golongan pencinta agama.

Namun..

cerita-cerita yang berunsurkan keganasan, seks, dan tahyul pula akan membawa kesan negatif kepada kita. Sebagai contoh masyarakat kita terutamanya golongan remaja akan terpengaruh dengan filem-filem bermutu rendah yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen dan pemangkin kepada lahirnya budaya ‘bohsia’, ‘bohjan’, ‘black metal’, ‘punk’, seks rambang, samseng, dan sebagainya. Tidak hairanlah jika kes-kes juvana di negara kita akan meningkat tahun demi tahun. Tentu saudara dan saudari pernah mendengar berita tentang seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun membunuh seorang kanak-kanak lain yang berusia lima tahun. Naluri suci seorang kanak-kanak telah dicemari akibat pendedahan terhadap budaya-budaya negatif.”**dari blog Ust Halim

Sebenarnya, symptoms yang disebutkan tadi merupakan pengalaman peribadi saya dan pemerhatian yang dilakukan terhadap peminat-peminat drama. Khususnya drama Korea yang memang menjadi kegilaan remaja masa kini.

 Apa yang saya perhatikan, perubahan masa sentiasa membawa perubahan pada setiap zaman. Seingat saya, pada zaman kanak-kanak saya  merupakan zaman fanatik Hindustan.





Macam-macam lagi..sampai ada yang hendak kahwin dengan orang yang ada rupa Hindustan hehe klakar..

Kini..
Zaman drama korea..saya sendiri pernah di landa ombak ketagihan drama-drama ini. Bermula dari darjah 5 hinggalah saya masuk ke asrama di tingkatan 4 (itu pun sebab tinggal di asrama dan tiada masa nak menonton tv). Pernah dengar drama-drama ni..?

AUTUMN IN MY HEART

STAIRS WAY TO HEAVEN

WINTER SONATA

METEOR GARDEN

Fuh, banyak lagi sebenarnya.. secara jujur, drama-drama ni telah banyak memanipulasi jiwa remaja saya di waktu itu. (heh faham ke ayat sastera ku ini hee) Ia banyak memberi kesan dalam perancangan AGENDA HIDUP  saya. Benar.. amatlah rendah cita-cita saya di waktu itu.

Yang jiwa remaja saya mahukan hanya lah::RESULT CEMERLANG, KERJAYA HEBAT, GAJI BANYAK, TEMUI CINTA SEJATI DAN BAHAGIA SELAMANYA:: ~~tak tipu, tapi inilah agenda hidup saya yang terhasil dari ketagihan pada drama-drama tv.

Cuba, anda semua perhatikan pada agenda hidup saya tadi.
 Jika anda perasan, agenda yang saya gariskan itu hanyalah berlegar untuk KEPENTINGAN DIRI SAYA SAHAJA.

Benar!!
 Cuma perhatikan semula.
Dimana hak masyarakat pada saya?
 Dimana saya letakkan hak AGAMA, BANGSA, dan WATAN saya?
Dimana hak saudara-saudara saya yang terus teraniaya di Bumi Jihad Palestin..?
 Allah..rendahnya AGENDA HIDUP saya di waktu itu.. ini lah hasil suapan dan tarbiyah dari drama-drama tv.

 Baik, siapa golongan mejoriti di negara kita..ya , belia.
Pemuda harapan bangsa.
Pemuda nadi perubahan.
Harapan tinggi yang disandarkan pada bahu mereka akan berkecai sekiranya mereka tidak pandai mengatur agenda hidup mereka.
 Sering kita dengar..

 “bahan bacaan seseorang dapat menggambarkan pemikiran individu tersebut”..

jadi tak salah rasanya jika kita meletakkan persamaan makna ini dengan,

“apa yang di tonton oleh seseorang akan menggambarkan pemikiran individu tersebut”..

Wahai peminat-peminat drama sekalian..
Tidakkah anda sedar bahawa syaitan laknatullah itu telah berjaya memanipulsi pemikiran anda..?
waktu yang Allah pinjamkan itu telah tersia-sia begitu sahaja.
 Waktu keemasan.
Waktu muda ini.
 Waktu yang kamu mampu untuk menggunakan seluruh keringat kamu untuk kebangkitan semula tamadun Islam..!

Tapi..
kamu leka..
kamu terus lalai..

masihkah kita ingat bagaiman Imam Syafie enggan untuk tidur semata-mata ingin terus melakukan kajian agama.
Namun kita..?
Kita enggan tidur dan sanggup bersengkang mata demi untuk  menonton drama bersiri korea dan sebagainya.

Sebagaimana yang dituturkan oleh Penakluk Kota Konstatinopel, Sultan Muhammad Al Fateh di usia 16 tahun..

“Hiburan bagiku hanyalah beribadat kepada Allah”

SubhanAllah~~

Jika kita kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh hero drama yang sanggup meninggalkan keluarga demi cinta sang heroin. Tidakkah sepatutnya kita berjuta kali kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh MUSAB BIN UMAIR yang sanggup dipulaukan oleh keluarga DEMI MENDAPAT  GELARAN SEBAGAI MUSLIM…?

Dan saya pasti..
kita semua tidak asing lagi dengan kisah pengorbanan KELUARGA YASIR, yang sanggup bergadai nyawa demi menjaga syahadatul haq yang mereka ikrarkan.

Kisah as syahid Ahmad Yasin, mujahid palestin yang berjuang mempertahankan bumi suci umat islam. Menggegarkan dunia dengan sekadar duduk di atas kerusi roda. Meniup semangat jihad dalam jiwa para rijal di palestin sehingga tercetusnya intifadah. Dan akhirnya syahid dibom apache Yahudi laknatullah. Kini, lahir puluhan ribu askar-askar Allah meneruskan pejuangan beliau.

Dan banyak lagi saudara-saudaraku..kisah para nabi, sahabat, wali-wali Allah, dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ini bukan kisah dongengan..
bukan rekaan.
 Tidak seperti drama-drama tv yang anda gilakan itu.
 Segalanya sekadar rekaan.
 Skrip buatan manusia.
 Yang entah apa objektifnya.
 Majukah kita dengan mengagungkan mereka.
 Terlaksanakah hak-hak kita pada AGAMA, BANGSA, dan WATAN kita dengan mengilai mereka..?

BOSAN..?
Haha..terpulanglah pada anda. Sesungguhnya saya telah menyampaikan. Kerena sesungguhnya kita akan di persoal di akhirat kelak. Di sebabkan rasa sayang dan kasih kan anda saudara seaqidahku, maka terdetiklah rasa untuk ku sampaikan pesan dengan pena tanpa dakwat ini..takut nanti di akhirat kelak, drama ini pula yang berlaku…

“apa yang telah engkau gunakan dengan masa muda yang telah AKU pinjamkan..?!”

“errr,….ampunkan aku ya Allah,,ampunkan aku..sesungguhnya aku telah menghabiskan masa muda ku dengan leka dan lalai dengan drama cinta korea sehingga aku lupa pada TANGGUNGJAWAB SEBENARKU...ampunkan aku..aku menyesal ya Allah..aku menyesal…………………….”

 Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaiknya sahabat.

 Bangunlah dari lena wahai pejuang-pejuang Islam sekalian!!

Kita ada AGENDA YANG LEBIH BESAR untuk di laksanakan!!

MAN ANSARULLAH...?!!
NAHNU ANSARULLAH!!

Ya Rahman, sesungguhnya aku telah menyampaikan..maka saksikanlah~~~

di copy dari notes SHARIFAH ABDUL SAMAD..terima kasih sahabat (^__^)

Nota Penting : 
“apa yang telah engkau gunakan dengan masa muda yang telah AKU pinjamkan..?"


setiap saat yang  Allah pinjamkan di dunia..akan dipersoalkan kelak...





wallahu`alam...












1 comment:

  1. adawiyah..spatotnya hang kna msukan cerita ADNAN SEMPIT..tu pon org rmei suka tgok...

    ReplyDelete