Saturday, 30 April 2011

one year closer to my death...be prepared adawiyah!!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Puji syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan segala nikmat dan ujian buat hambaNya.
Salam sejahtera buat semua yang membaca.Semoga Allah SWT memberkati kalian.post kali ini ditujukan khas untuk diri ini.....










29 april tiba jua,maka genaplah umur saya 20 tahun.kalau ikut tahun hijrah bersamaan 15 syawal 1411,iaitu sudah  21 tahun melihat alam dunia.....


saya sudah semakin tua


dan sudah setahun lebih dekat dengan  hari kematian


bila direnung-renungkan semula, apalah sangat yang telah saya capai pada umur 20 tahun ini.
 



Kalau ibnu sina dahulu 10 tahun dah hafal Quran dan  telah dilantik sebagai Doktor Di Raja ketika umurnya baru 18 tahun,tapi saya ketika berumur 20 tahun masih terhegeh-hegeh menghafal buku-buku medic tahun 2 dan masih merangkak-rangkak untuk menghafaz Quran...... 


Kalau sahabat nabi,Usamah bin Zaid R.A, ketika umurnya baya inilah beliau memimpin pasukan perang. Malah berjaya mendapatkan syahid pula. Berbanding saya, apa pun masih belum boleh diharap....Allah,sungguh jauh beza....

Sehingga umur saya 20 tahun ini, berapa banyakkah pula maksiat kepada Alnah yang telah saya lakukan..kalau lah setiap tahun malaikat roqib dan atid tunjukan buku amalan kita seperti   guru sekolah yang menunjukkan report card kepada ibu bapa kita pada hari akademik sekolah,mungkin-mungkin akan pengsan melihat list dosa-dosa itu......

Dosa mata, dosa tangan, dosa mulut,dosa anggota-anggota lain termasuk hati, tentu banyak sekali....Allahu Akbar

Maka, pada genap umur saya yang ke 20, tiadalah yang paling saya mahukan melainkan keampunan dosa-dosa lepas,moga Allah memberikan lebih banyak peluang dalam berbakti kepadaNYA sekaligus memperbaiki diri ini.Dengan usia yang Allah izinkan ini,semoga saya lebih keras mengejar apa yang saya impikan dan dapat membahagiakan orang di sekeliling saya. 

Kalau Sultan Muhammad Al-Fateh ketika usia beliau 23 tahun dapat menawan kota Konstantinopal dan menjadikannya kota yang tunduk pada Allah swt,apakah tidak boleh paling terok sekalipon pada usia saya menginjak 20 tahun ini,dapat menawan diri saya sendiri dan  menjadikannya tunduk kepada Allah....

Masa untuk berehat belum tiba,masih banyak lagi perlu ditempuh dan dirempuh.Mungkin masa untuk berehat hanya di SANA  sahaja.

Pada ibu dan ayah,insan terawal yang wish...jasa dan pengorbanan kalian tak ternilai,moga setiap detik yang kita lalui dalam kehidupan ini menjadikan diri ini kuat dan terus kuat untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan.....

Anyway,alfoon syukran pada yang  semua yang wish,moga ia satu peringatan besar dalam menghitung hari-hari untuk bertemu menghadap NYA,setiap hari kita semakin dekat dengan hari tersebut,maka bersiap sedialah!!!

"Ya, Rabbi. Semoga dengan meningkatnya usiaku kini akan menjadikan aku seorang hamba-Mu yang lebih dewasa dan matang. Dan dengan meningkatnya kedewasaanku serta kematanganku kini akan menjadikan aku sebagai hamba-Mu yang bijak berfikir. Dan dengan kebijaksanaanku berfikir kini akan menjadikan aku sebagai hamba-Mu yang tahu membezakan antara perkara yang disuruh dan dilarang oleh-Mu. Dan dengan pengetahuanku membezakan hal yang baik dan buruk , wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amiinnn..


Nota kaki : 


    " a year less to ur end..be prepared"


wishes yang paling classic untuk abad ini...trimas!!!

wallahualam.....









No comments:

Post a Comment