Assalamulaikum wbt.....
Kef hal?Moga semuanya dirahmati Allah.....Alhamdulillah 3ala kulli hal,syukur kepada Allah masih diberi peluang untuk menaip di atas keyboard ini.Alhamdulillah,satu paper sudah selesai(histology practical),bakal menduduki beberapa lagi paper selepas ini.exam paling terdekat,physiology practical pada hari ahad ini.DOAKAN!!!Moga Allah permudahkan kami untuk menghadapi peperiksaan dunia ini,insyAllah......
Saya dapat berita gembira dua hari lepas,kawan baik saya bakal menjadi seorang ibu.Allahu akbar!!!....mudanya kamu dah nak dapat anak dan akan menjadi seorang ibu..Saya dapat rasa dari butir-butir percakapan kamu,kamu tidak sabar menanti kelahiran anakmu.
Saya doakan kamu selamat melahirkan puteri sulung kamu.Semoga dia menjadi anak yang solehah,penyejuk matamu dan suamimu...Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu!!!Moga Allah lindungi keluarga kamu.
NOTA KAKI :
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah,seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu hanifah "Tuan,bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begitu istimewa jadinya?".Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau kita dengar pernyataan tersebut,tentu aneh bagi kita bukan.Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik.Namun apa yang ingin disampaikan oleh bapa Imam Abu Hanifah disini ialah,dia sendiri telah diasuh,manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi
Saya beri anda satu logik akal,mana mungkin acuan yang bulat akan menghasilkan kuih segitiga.Generasi kita adalah cermin kita sendiri.Setiap perlakuan yang kita buat sekarang.
Teruskanlah dengan aktiviti seperti biasa anda lakukan.tak hairan,satu hari nanti,anak yang lahir dari keturunan anda akan melakukan aktiviti biasa yang seperti biasa anda lakukan.anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan maksiat dan dosa ibu bapa mereka....
What you give, you get back!
wallahualam...
No comments:
Post a Comment