Friday, 30 December 2011

Moga Kejayaan Milikmu

Assalamualaikum..


Alhamdulillah,dapat jua hari ini mencuri masa untuk mengupdate blog yang still under construction nie :) Sudah lama rasanya tidak mengarang entry yang panjang berjela...Banyak yang terlintas di fikiran untuk dikongsi bersama.tapi,ada sahaja perkara yang perlu dibereskan.waduh2...kok bisa gini yaa???betullah kata-kata Imam Syahid Al-Banna   "KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA"...so,if you are busy around with gud stuff,enjoy the bzz-ness, peeps!!!Moga ada keberkatan masa di situ.


Lautan syukur padaMu Illahi,atas segala limpahan rahmatMu..Alhamdulillah..tiada kata lain yang mampu diucapkan selain syukur...berita-berita gembira dari Msia membuat kerinduan pada kekasih hati jantung hempedu(read : family) saya terubat.Entry kali ini,special untuk adik-adikku tersayang..


Tahniah buat adinda-adindaku(mood classic)..wardah dan mahirah 4 pmr and upsr result(even macam dah lambat utk buat entry pasal ni,tapi still nak bagi sedikit kata-kata yang tak seberapa memandangkan persekolahan akan dibuka tak lama lagi..so kk rasa,masih tak terlambat lagi kan?..he3) .Terima kasih kerana  memberikan kegembiraan  kepada ayah dan ibu.Mengalir air mata dari kejauhan menerima berita  itu.Yang paling penting,i can feel what ayah and ibu feel at dat time.Moga permulaan kejayaan menjadi satu titik tolak semangat untuk lebih bersungguh-sungguh lagi.Dan yang paling penting sekali semakin mendekatkan  diri dengan Sang Pencipta.Tanpa DIA,kita bukan siapa-siapa di atas muka bumi ni.


Mahirah,i will always trust in you.Gunakanlah kelebihan yang Allah berikan dengan sebaiknya,bukan untuk kepentingan diri sendiri.Bukan untuk mendabik dada untuk disanjungi dan dipuji orang ramai.Dunia diciptakan  terdapat pelbagai jenis manusia dari pelbagai jenis latar belakang dari pelbagai jenis tahap kepintaran..kongsi ilmu dengan sesiapa sahaja,salah satu  amalan yang tidak akan putus walaupun kita mati ialah ilmu yang berguna.neway,please do take care my lovely wardah dekat sekolah yee ( berita paling gembira bila wardah dapat tawaran sama sekolah dengan mahirah.fuhh..lega..ade jugak orang nak tengok adekku yang gembeng  sorang ni :P)...sesungguhnya,Allah itu sentiasa  mengkabulkan doa hamba-hambaNYA.


Adinda-adindaku..walau ke mana jua kita akan pergi selepas ini,redha Allah itu matlamat kita.Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita.Kita semua adalah srikandi-srikandi Islam yang diperlukan masyarakat,diperlukan ummah yang sedang nazak di luar sana.Biar jasad terpisah,moga-moga hati kita tidak pernah akan terpisah.Doa itulah penghubung dan pengubat rindu hati-hati kita.


Liku-liku hidup ini tidak cukup indah tanpa melalui sedikit pengalaman getir.Kerana ia adalah guru terbaik yang mngajar kita nikmat kehidupan.Mengajar kita kuat bila mana ombak datang memukul....perlu selalu ingati diri,dari mana asalnya kita,dan ke mana kita akan di kembalikan..ia merupakan muhasabah paling hebat untuk abad ini!


Last but not least.Jaga amalan fardhiah,dhuha,qiyam,mathurat,tadarus,jaga hubungan dengan Allah dan juga manusia esp insan yang paling banyak melakukan pengorbanan demi kita "ayah dan ibu".Do it sincerely for Allah. Mohon apa sahaja pada Allah,mungkin kalau bukan sekarang,pasti suatu hari nanti akan ditunaikanNYA.Jangan terlalu  mengharap bantuan manusia,kerna manusia itu tidak punya apa-apa,sedangkan Allah itu amat luas rahmat dan kasih sayangNYA.


a looots of love from Egypt...






Note: Welcome bak to school!!Dear wardah...selamat mengharungi kehidupan baru di sekolah berasrama.Ada juga gambar kenangan dekat sekolah ni.insyallah..akan melawat kalian berdua suatu hari nanti...syiddi hilik(study hard) ya ukhty :)


wallahualam














2 comments:

  1. perjalanan kita masih jauh..
    moga Allah mudahkan segala urusan kita
    robbuna ma3aki

    ReplyDelete