Sunday 15 August 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Marhaban Ya Ramadhan,buat pertama kalinya menyambut ramadhan di negara orang,jauh dari pandangan keluarga.Nak kata tak sedih,mustahil.Hati mana tak terasa mahu pulang ke desa tercinta.







Namun,indahnya RAMADHAN di MESIR.Berbeza sungguh dengan suasana Ramadhan di Malaysia.Betapa hidupnya Ramadhan di ardhul anbiya` ini.Semua orang berlumba-lumba melakukan amal ibadat serta amal jariah.....


 “Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”


Alhamdulillah,hari ini 5 Ramadhan.Sudah 5 hari kami anak-anak perantau melaksanakan ibadah puasa.Insyallah,setiap detik di bulan penuh rahmat ini,akan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah....


Pada pagi hari,pergi ke kelas tafsir hingga ke zohor.Selepas asar,tadarus al-quran bersama akhawat-akhawat lain diikuti dengan tazkirah.Kemudian kami akan beramai-ramai ke MAIDATUR RAHMAN untuk berbuka puasa.Semua pelajar-pelajar ASIA akan berbuka puasa di Maidatur Rahman di mana orang arab menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami semua.





Di Maidatur Rahman.Ammu-ammu yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami.



Ramainya....semua sedang menikmati juadah buka puasa



Juadah berbuka puasa..........



Akhawat-akhawat yang sedang menunggu azan dilaungkan..sabar ye :)


Semoga bulan Ramadhan yang suci ini diharapkan agar hati dan jiwa raga kita diasah,diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kareem dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!


Sampai bertemu lagi, insyaAllah :)

1 comment: